
Di PERHATIN, kami beriltizam mahu membela nasib anak- anak yatim dan miskin khasnya di Bandaraya Shah Alam. Supaya mereka turut menikmati kemudahan tempat tinggal, pembelajaran dan kebajikan sama seperti rakan sebaya yang lain. Mari berwakaf dan bersama membantu usaha kami!
“Mesra Membela Anak Yatim / Miskin”
YBhg. Dato’ Haji Salamon Bin Selamat — Yang Dipertua
Pengenalan
Pertubuhan Anak Yatim / Miskin Bandaraya Shah Alam, Selangor (PERHATIN) adalah sebuah NGO yang sah berdaftar di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan No. Pendaftaran – PPM-002-10-27102005.
PERHATIN ditubuhkan atas kesedaran bahawa di Negeri Selangor yang bertaraf maju ini, tidak wajar wujud anak-anak Islam yang serba kekurangan dan terbiar.

Projek Kami
Sejak ditubuhkan, fokus utama PERHATIN adalah mengumpulkan dana membina ‘Kompleks PERHATIN’ – Asrama Anak Yatim / Miskin Bandaraya Shah Alam bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
17hb. Feb. 2021, Kerajaan Negeri Selangor atas nama MBSA sebagai Pentadbir telah meluluskan pewartaan tanah di Seksyen 24 sebagai TAPAK KOMPLEKS ANAK YATIM. PERHATIN adalah pelaksana projek.
Kelebihan Wakaf Bersama Kami

Pahala Jariah
Peluang Meraih Pahala Sedekah Jariah Yang Sentiasa Mengalir. InsyaAllah

Santuni Anak Yatim
Fokus Pembelaan Dan Penjagaan Kebajikan Anak Yatim / Miskin.

Wakaf Diluluskan
Wakaf Khas Ini Diluluskan Oleh Perbadanan Wakaf Selangor.

Potongan Cukai
Penyumbang Boleh Tolak Sehingga 10% Daripada Pendapatan Agregat.