Kutipan Wakaf Sah Diluluskan

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah meluluskan bagi PERHATIN mengutip Wakaf Tunai untuk projek Wakaf Khas Pembangunan ‘Kompleks PERHATIN’ – Asrama Anak Yatim / Miskin Bandaraya Shah Alam. Rujukan kelulusan – PWS/BPD/002/03-1/120.

Lima orang penama berikut telah didaftarkan bagi mengutip Wakaf Tunai bagi pihak PERHATIN:

Nama Jawatan di PERHATIN No. Telefon
Dato’ Salamon bin Selamat
Yang Dipertua
019-4751225
Tuan Haji Ahmad Zamri Bin Kamaruddin
Timbalan Yang Dipertua
019-2662416
Tuan Haji Ahmad Syahir Bin Sarani
Setiausaha
012-3346756
Dato’ Haji Ahmad Zaffry Bin Sulaiman
Bendahari
019-3229507
Tuan Haji Mohd Azmir Bin Jaafar
Pegawai Seranta
019-3212323

PWS diwujudkan di bawah peruntukan Seksyen 8, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008. PWS turut beroperasi di bawah punca kuasa Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) No: 7, 1999; dan Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011.

Antara fungsi-fungsi PWS adalah:

  • Membangun, menerimapakai dan melaksanakan dasar, cara dan langkah mengenai pembangunan harta dan produk wakaf.
  • Bertindak sebagai agensi penyelaras di dalam pelaksanaan kemajuan pembangunan harta dan produk wakaf secara pesat;

(Perincian rujuk – http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/info-pws/info-korporat)

Justeru, sebarang usaha pembangunan harta wakaf atau semua aktiviti kutipan sumbangan wakaf di Negeri Selangor, perlu mendapat kebenaran PWS. Ia selaras dengan Seksyen 45 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015.

Seksyen 45. Mentadbir atau mengurus wakaf am atau wakaf khas tanpa kebenaran Majlis atau Perbadanan – “Mana-mana orang yang mentadbir atau mengurus wakaf am atau wakaf khas tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis atau Perbadanan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.” (Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015).