Fokus Menyantuni Anak Yatim
PERHATIN memberikan fokus pada perihal membela dan menjaga kebajikan anak yatim / miskin melalui penyediaan kemudahan penginapan, pendidikan dan sebagainya. Walaupun anak yatim secara khususnya tidak termasuk dalam kumpulan lapan asnaf* yang menerima zakat, mereka tetap mendapat perhatian yang istimewa sebagai kelompok yang amat wajar dibantu.
Firman Allah SWT,
يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ ۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍۢ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍۢ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌۭ ٢١٥
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)”.
(Al-Baqarah:215)
Bahkan Nabi Muhammad SAW mengisyaratkan ganjaran syurga serta kedudukan yang mulia di sisi Baginda kepada penjaga anak-anak yatim di akhirat nanti.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.
[Riwayat Muslim, (2983)]
Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَنَا وَكَافِلُ اليَتِيمِ فِي الجَنَّةِ كَهَاتَيْنِ، وَأَشَارَ بِأُصْبُعَيْهِ يَعْنِي السَّبَّابَةَ وَالوُسْطَى
Maksudnya: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah”.
[Riwayat al-Tirmizi, (1918)][Hadith ini dinilai hasan sahih oleh imam al-Tirmizi]
Justeru, marilah bersama PERHATIN dalam membantu kami membela dan memelihara kebajikan anak-anak yatim serta miskin, khasnya di Bandaraya Shah Alam ini yang serba maju dan indah ini.
Allah SWT Sahajalah Yang Maha Mengetahui.
*Golongan lapan asnaf: (1)Fakir (2)Miskin (3)Amil (4)Muallaf (5)Al-Riqab (hamba) (6)Al-Gharimin (orang berhutang) (7)Fisabilillah (pejuang agama) dan (8)Ibnu Sabil (orang dalam perjalanan).
