Tentang Kami

PENGENALAN

Pertubuhan Anak Yatim / Miskin Bandaraya Shah Alam, Selangor (PERHATIN) adalah sebuah NGO yang sah berdaftar di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan No. Pendaftaran – PPM-002-10-27102005.

PERHATIN ditubuhkan atas kesedaran bahawa di Negeri Selangor yang bertaraf maju ini, tidak wajar wujud anak-anak Islam yang serba kekurangan dan terbiar.

PERHATIN menyahut perisytiharan ‘Kompleks Warisan’ di tanah Seksyen 24 Shah Alam, yang  diperuntukkan bagi golongan Warga Emas, Ibu Tunggal dan Anak Yatim.

Sejak ia ditubuhkan, PERHATIN bergerak bagi mengumpulkan dana bagi menampung kos pembinaan sebuah kompleks asrama anak yatim / miskin di Bandaraya Shah Alam. PERHATIN dengan kerjasama MBSA telah dan terus berusaha keras untuk menjayakan pembangunan ini.

Pada 17hb. Feb. 2021, Kerajaan Negeri Selangor atas nama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai Pentadbir, telah meluluskan pewartaan dua (2) bidang tanah – Lot 11217 (PA260236) dan Lot 11216 (PA260237) berjumlah 8.46 ekar di Jalan Pudina 24/39, Seksyen 24 sebagai TAPAK KOMPLEKS ANAK YATIM. Lokasi tanah ini terletak bersebelahan Masjid Al-Ehsan yang baharu dan berhadapan dengan ‘Kompleks Warga Emas’. PERHATIN adalah pelaksana projek kompleks ini.

VISI

PERHATIN menjadi pelindung, pembela dan pemelihara anak-anak yatim / miskin khususnya di Bandaraya Shah Alam dan amnya di Selangor.

MISI

PERHATIN mengumpul, melindungi dan memelihara anak-anak yatim/miskin berumur 18 tahun ke bawah, dengan usaha-usaha berikut:

  1. Menyediakan tempat perlindungan serta penginapan yang selamat dan selesa .
  2. Menyediakan fasiliti pembelajaran yang lengkap dan bersesuaian.
  3. Menjaga aspek keselamatan, pendidikan, kesihatan dan kebajikan anak-anak yatim / miskin.
  4. Menyediakan program pendidikan tambahan untuk menjadikan mereka sebagai insan madani yang berjaya dan seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ahli Jawatankuasa - PERHATIN Tahun 2023-2025
Jawatan di PERHATIN Nama

Penasihat

  • YB Tuan Haji Azli Bin Yusof
  • YAD Dato’ Setia Mohamad Adzib Bin Mohd Isa

Duta

  • Dato’ Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al-Amin

Yang Dipertua

  • Dato’ Salamon bin Selamat

Timbalan Yang Dipertua

  • Tuan Haji Ahmad Zamri Bin Kamaruddin
Setiausaha
  • Tuan Haji Ahmad Syahir Bin Sarani
Bendahari
  • Dato’ Haji Ahmad Zaffry Bin Sulaiman
Penolong Setiausaha
  • Encik Mohamad Azhan Bin Mohamad Ramlan
Penolong Bendahari
  • Puan Hajah Ramidah Binti Sampakon
AJK / Pegawai Seranta (Awam)
  • Tuan Haji Mohd Azmir Bin Jaafar
Ahli Jawatankuasa (AJK)
  • Dato’ Ir. Muda Bin Mohamed
  • Dato’ Fadzil Bin Yusoff
  • Dato’ Zulkifli Bin Salleh
  • Dato’ Mohd Asry Bin Samiun
  • Tuan Haji Mohd Zubir Bin Idrus
  • Tuan Haji Ahmad Dahlan Bin Kardi
  • Tuan Haji Wan Daud Bin Wan Ahmad
  • Tuan Haji Badaruddin Bin Dawan
  • Tuan Haji Ar. Abu Bakar Ali